Thursday 11 July 2013

Lawatan dari Jauh.


Aku panik. Aku lupa kat mana aku park kereta. Shopping mall ni besar sangat. Layout plan shopping mall ni sangatlah complicated and confusing. Aku jadi pening. Lost jugak. Aku toleh ke belakang. Aku nampak Tok Wan. Alamak!! Baru aku ingat. Aku bawak Tok dengan Tok Wan sama. Mati aku! Kesian diaorang. Tak pasal-pasal sesat dengan aku. Nak kene jalan cari kereta lagi. Habislaa diaorang mana kuat nak jalan jauh-jauh.Huhuhu..
Dalam kelam kabut dan panik itu. Aku lari ke pintu keluar. Huh jumpa pun tempat keluar! Tapi ni rupanya bukannye entrance aku tadi. Tapi tak pe laa asalkan dapat keluar dari sini. Kereta aku tu just cari dari luar jela..

 Alamak.. Aku tertinggal Tok dan Tok Wan pulak!  Cari diaorang pulak. Finally, aku nampak diaorang kat celah-celah orang ramai. Aku lambai kat diaorang. Diorang nampak aku. Nasib baik.

Hmmm.. Tok Wan tu bukan boleh berdiri lama sangat. Tambah lagi sesak-sesak macam ni. Nanti dia senang-senang je terbalik. Bila diaorang sampai dekat aku, cepat-cepat  aku hulur tangan aku pada Tok Wan. Kebetulan dia kena langkah anak tangga.  Dia sambut tangan aku. Dia pegang kuat. Erat. Hmm sejuk tangan dia. Biasa laaa kan tangan org tua. Aku fikir macam tu. Lagipon kan tempat ni ada aircond. Tok Wan senyum kat aku. Sejuk hati aku jadinya. Baru aku perasan.. Dia pakai baju putih. Anyway dia memang selalu pakai baju putih. Rasanya laa. Aku pon ingat-ingat lupa. Aku bukanlaa rapat sangat pun dengan dia. Jumpa jarang-jarang, sebab kami duduk jauh.

Aku pimpin diaorang ke tepi jalan. Aku suruh Tok Wan dan Tok  duduk tepi dulu meanwhile aku nak pi cari kereta aku. Aku cari dan cari dan cari sampai laa aku terdengar..
"Kaklong.. Bangunlaa dah sahur."
Aku terkejut. Aku bangun. Rupanya aku yang last sekali bangun. Yang lain semua dah start makan dah. Lepas sahur.. Solat subuh.. Teus bersiap untuk ke office. Masuk dalam kereta. Start driving and bila start stuck dalam traffic jam, baru aku terfikir.... Ehh Tok Wan kan dah meninggal dunia 2 tahunlepas? Rupanya aku mimpi tadi. Aku mimpi Tok Wan datang melawat ke? Ni kan Ramadhan. Tapi kan baru second day. Awalnye dia melawat. May be lepas ni ramai yg dia nak lawat kot. Sedara mara aku kan ramai... aku punya turn dulu laa kot.. Or dia tau kot yang aku ni tengah ade sedikit rase sedih lately ni....

Hmm.. Tapii bukan permainan syaitan kann. Ni kan Ramadhan. Hantu dan syaitan kan kene ikat. Tapi mimpi tu kan permainan tidur.

Wallahua'lam.

Serius.. even though aku tak close sangat dengan arwah Tok Wan, tapi dia selalu je terbayang di mata.
Alfatihah untuk arwah Tok Wan, Hj Abdul Rahman bin Mohd Arif.

p/s: maaflaah Tok.. Tok tak menonjol dalam cerita ni. Tapi saya tahu yang Tok ade je kat sebelah dalam mimpi tu. Actually ade sorang lagi kawan dalam mimpi tu. Tapi tak ingat sapa. Rasanya dia kot yang entertain Tok hehe.. Nanti raya kite jumpa laa yerr Tok.

hashtagmimpimencaricinta

Monday 8 July 2013

Iryani Idros Namaku. So what?


Situation 1.
Location : Di mana-dimana

Satu hari tu saya cuba taip nama saya kat Google Search.. Sekali tau tak apa yang keluar?


.
.
.
.
.
.
.
.
.





 huhh.. standard makanan je ke rupanya nama aku ni? waaaaaaa!!

Situation 2.
Location : Zaman Sekolah.. so maknanya kat sekolah laaa..

Cikgu: Sila perkenalkan nama kamu.
Yonni: Nama saya Iryani Idros
Cikgu : Ooh.. awak ni ade sedara mara di Indonesia ke? Atau awak ni campuran Indon?
Yonni: ???

huhuu.. adakah nama aku ni nama Indonesia?


Situation 3.
Location : Office

Phone Conversation
Supplier : May I know what is your name please?
Yonni : I'm Iryani Idros
Supplier : Ok. Thanks. See you tomorrow.

Esoknya di ofis pabila berjumpa dengan supplier itu.

Supplier : Hi, I have appoinment with Miss Idros. Iryani Idros.
Yonni : Ohh.. thats me. Hi!
Supplier : OMG! You're Malaysian! Awak Melayu ka? Bukan campur-campur?
Yonni : Nope. Saya Melayu. Why?
Supplier : Sorry.. I thought that you are not Malaysian. Your name didn't show that you're Malaysian.
Yonni : ???

Pulak dahh!


Situation 4.
Location : Site Meeting/ Discussion

Project Manager: Please write your name on the attendance list.
Consultant 1 : ehh Yani, you have 'IR' at your name. you ni architect ke engineer?
Yonni : Heii..That's my name ok. Iryani.
Consultant 2 : Wahh.. you sudah jadi engineer laaa. tak payah ambil exam! You're born to be engineer laa..
All : Hahahahahahah!

Weiiii!! korang mainkan nama aku weii!!



Situation 5.
Location : Bile berjumpa dengan rakan-rakan baru pelbagai bangsa

Yonni : Hi, nama saya Iryani
Non Malay Friend : iii what?
Yonni : Iryani (sambil tulis di atas kertas)
Non Malay Friend : iiyani? Irayani?
Yonni : Ok fine. You can call me Yani.


Oooh lupa pulak..aku sendiri pelat 'R'. So sometimes nama aku sendiri pon tak bleh sebut dengan betul. Sedih kan?!
Sekian, terima kasih. Bye.

p/s : wonder mcmmana orang yang lagi pelik namanya survive?
hashtagnamakuyonni

Sunday 7 July 2013

Balik Kampung Oh Balik Kampung!

Sewaktu kecil, saya merasakan balik kampung tu adelah satu altiviti  yang paling best dalam hidup. Tiap kali nak balik kampung samada untuk beraya or setiap kali musim cuti sekolah adalah satu perkara yang indah dalam hidup saya. Tambahan pula both kampung abah dan mama terletak di Penang and Kedah. Jauh kannnn.. tapi sepanjang perjalanan ade banyak scenary yang boleh dilihat sepanjang jalan macam.. pokok getah, kelapa sawit, gunung ganang, sawah padi and paling best ade terowong panjanggggg hahhaha.. time kecik-kecik dulu suka masuk terowong, lepas tu rasa terowong tu panjanggggggg laa sangat.. sedangkan pendek je.. (dah besar baru sedar wekk), tapi yang seronok sangat dengan terowong tu tandanya rumah maktok pon dah dekat dahhhh.. so travelling yang panjang itu akan berakhir laa tak lama lagi...hehehe

Tetapi semakin saya besar saya semakin rasa tak best dah nak balik kampong. Bila dengar je kata nak balik kampung terus rasa malassnyeeee laa nak balik kampung tu.. nak tau sebab ape? haaaa.....
Lately ni  keadaan traffic kat highway tiap kali untuk pulang ke kampung adalah sangat teruk. Traffic jam yang sangat sloww.. boleh bawak kereta paling laju pon 60km per hour je.. tu max. Then kene maintain kelajuan.. tak boleh laju sangat and tak boleh pelan sangat.. so everytime time nak raya kalo balik kampung boleh stuck dalam 12 jam lamanya tau, sedangkan jarak perjalanan antara kampung saya dengan KL ikutkan 4 ke 5 jam je. Paling teruk kami pernah stuck berjam -jam dekat area terowong yang saya suke tu laaa. sampaikan sekarang tengok terowong tu pon dah rasa menyampah..Aduyaiinyepon.. huhuhu.  
Maka, oleh kerana itu,  lepas dari kes stuck dalam 12 hour traffic jam tu, kami seboleh-bolehnya akan merancang perjalanan untuk elak stuck in jam tiap kali kami balik kg. No more balik kampung time cuti sekolah and no more balik kampong time raya. Balik lepas raya baru boleh.

So kali ni, last-last-last -last weekend  my family and i plan nak balik kampung visit out grandparents,tapi masalahnya kami lupa yang cuti sekolah has started, so kami relax laaa ingatkan dalam 4 or 5 jam dah boleh sampai.. keluar rumah pon dh lewat.. sekali sampai kat highwayyy..haaaaa amek ko!! tak bergerak langsung.. ni baru kat sungai buloh and rawang... panjang lagi perjalanan kami ni weiiiiii!! Apesal orang Malaysia ni kuat berjalan!! My Dad try laa keluar highway then  ikut jalan biasa atau nama lainnye jalan kampung.. lagi hampeh... jam kat traffic light je dah panjang.. mau 3 kali lampu hijau baru dapat lepas simpang.. malang laaa labu oii.. Ingat kami je laaa yg bijak nak ikut rural road ni.. huhu perancanagn  balik kg kali ni was wronng!! silap langkah! So my gateaway weekend kali ni is 12 hour perjalanan balik kampung laaa.. lembik waaa cakap sama luuuu weiii.. huhuhuhu.


oklaa.. kali ni nak post gambar kami adikberadik yang masih jakun dengan sawah padi, dari kecik sampai besar dok tengok sawah padi pon tak jemu-jemu lagi.. hilang rase penat jam tu tau!
aaanddd here we go..


i'm coming home.. i'm coming home tapi rumah tu sawah padi ke? Motipppp!

Experiment with sunset I

Experiment with sunset II

Lompat tapi tak serentak

Saya ada juga cuba untuk bersilat.. hahaha

The power of  Love

Mereka bermain London bridge is falling down.. 

Saya cuba buat love tapi sekali tengok macam tanduk rusa pulak..

Sometimes saya juga tak faham ape yang cuba diekpresikan oleh model-model saya.



p/s: bila tengok banyak-banyak kali..macam gambar kahwin pon ade.. sigh...
#sayamemangsukasunset

Ohh Lauttttt!


Hmm.. dah lama dah tak memblog.. so saya jadi awkard laaa pulak nak tulis ape. Due to malas busy yang ntah melampau-lampau, saya jadi tak sempat untuk mengupdate blog saya ni. Ok.. ok.. busy saya bersebab okayyy.. bersebab.. hahahha.. sebabnya saya busy berrrrjaaalaaaaan!

In the middle of May, saya dijemput oleh my BFF untuk pegi kenduri cukur jambul anak dia.. di Port Dikcson. hahahah.. Actually bukan kat PD sangatlaaa pon, pertengahan PD je.. tapi disebabkan dah area-area PD, maka haruslah melajakkan diri ke sana kannnn.. tambah lagi Puan Bid kite tu rajin untuk mensponsorkansebuah bilik hotel so apalagasss ia jadilaah sebuah percutian di hujung minggu! Classs ko Bidot!

So biar gambar jelaaa yang berkata - kata lepas ni.. yeahhh.. oh yaaa disebabkan saya dan Hafsah je (aku tau ko baca ni, so aku saja je mention nama ko), while the others tak sampai-sampai lagi, so Hafsahlaa yang asyik dok jadi cameraman sebab dia camera shy katanya. 

Lets go to PD..


yeahhh.. with Hafsah


Makan tu adela main agenda



Sunday Morning at the beach!!



Jalan-Jalan cari ketam

Gwiyomi malu-malu
:)


Sekian itu saje untuk hari ni. Terima Kasih.

p/s: Sebenanrnya entri ni dah lama dah taip tapi malas nak upload gambar tu yang asyik delay tu. lepas tu berangan nak edit gambar tapi tak edit pon..maka jadilaa satu cerita yang dah basi.
#sayamemangpemalas

Monday 29 April 2013

Pemandu Tapi Tak Berhemah Sangatlaaa

Kenapa?
Kenapa? KENAPAAA?

      Hishhh.. aku sangatlaaa tak puas hati dengan issue ni (hmm tgk dah start guna kata nama aku dah....). Kenapalah ada segelintir manusia yang rasa megah dengan memakai lampu kereta bewarna putih. Diaorang ni tau tak yang sinaran lampu putih  itu sangat menyilaukan pandangan pemandu dibahagian depannya. Sampaikan kadang-kadang kesan silauan itu menyebabkan aku rasa cam nak pakai sunnies je bila berhadapan dengan kereta macam ni... tapi hik hik tak pernah laa aku buat lagi.. kang orang kata orang buta bawak kereta laa plak kang..  dahlaa pakai lampu cerah glow bak safi rania tu.. then nak high beam-high beamkan lagi.. aku ni dah laa sah-sah dudok kat lane laju maknanya aku bukanlaa pemandu perlahan.. diorang nak suruh aku bawak laju lagi keeee?  saman ko nk bayo?? kot iyer pon nk bawak laju takkan boleh pegi jauh mana pon.. highway kat ldp je kot. traffic jam level tahap giler tapir kot. kalo kereta tu hebat sgt bolehlaa aku pejamkan mata maafkan.. tapi tengok2 kereta keciiiiiik jeee.. terus rase nak sodok je dia ngan Mr. Pewira aku tu.ciss.. luckily i love my Pewira moreeeee!


so..so.. So




selalunya bila aku jumpa ngan orang-orang pandai sebegini.. tau x ape aku buat?? haha  lagi aku perlahankan kreta.. yeahhhh..
hahahahahahahhhahahahha Tahap gelak jahat punye.. lagi diorang naik lampu lagi aku bawak pelan.. kalo dia main hon aku akan buat bodo je.. sampai la orang pandai tu amek another initiave pulak nak potong aku..still tu nak potong gakkk.. padan muke ko! Hmm baru kene buku ngan ruas. Ko ingat boleh buli orang sesuka hati ke?





tu diaaa.. sakit mata kannnn.. and pon aku siap bawak sloww tahap boleh snap gambar lagi.. hehehe..bayangkan tahap kebengangan orang tu.. tapi aku lagilaa bengang okay sebab aku tak nampak ape dek sinaran kilauan cahaya yang macam iklan gigi pon ado!



      Ade sekali plak.. aku kasi je diorg potong aku..tapi as expected jauh manalaa yang dia boleh pegi  kannnn.. paling-paling dia akan stuck kat depan tu je.. pastu aku plak dapat potong dia.. pastu aku pon siap lambai-lambai lagi kat dia... hahaha  padan muka! aku sangattttt happy!! yeayy!! puas hati!!

      Alang-alang dah start cerita pasal jalan jam tahap tapir dok merendek ni.. ade lagi satu yg aku tak  faham...  Korang pernah tak kene hon ngan driver lain macam buat salah besar jerr. Dahlaa kene hon pastu kene maki hamun plak.. Serious.. aku memang tak faham kenapa diorang ni suka dok maki hamun kreta orang? Lambat kene maki, salah masuk line kene maki, terkeluar lane sikit pon nak kene marah macam-macam.. especially taxi driver.. maki hamun.. angkat-angakt tangan laaa bagi signal bodoh jari tengah.. aku pon marah jugak kat orang yg terkial-kial tu.. tapi tak de laa sampai maki hamun siap naik serba serbi di tangan dan mulut... buat dosa free-free. Memang masyrakat Malaysia ni kuat maki dan marah-marah ke? Bawak bersabar laa sikit wahai pemandu-pemandu sekalian bukan awak sorang  je nak cepat, orang lain pon. bagilaa chance kat orang yg tengah terkial-kial tu.. ko pon dulu masa tengah noobs pon sama laa jugak kann terkial-kial.. salah itu dan salah ini. Give them a chance laa kawan..

Buat mangsa-mangsa di jalan plak.. janganlaa marah-marah or balas balik signal manja tu bila ade orang yang bagi signal manja tersebut anggaplaa yang diorang tu  cuma sedang nak berkenalan.. boleyyyy? wakakaa positif sungguh aku hari ni! hik hik..ok ok.. korang pun janganla cuakkk.. buat muke bodo je.. konon2 budak baik.. tak faham ape-ape..  paling paling pon angkat tangan jugak tapi tunjuk peace!! hahahaha.. mesti lagi bengang kan orang tuuu..

p/s: Paling tak suka bile pemandu yang tak sure arah tujuan. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Especially kat plaza tol. Halooooo please plan your way early okayy not in the middle of the road or juction!!

okayyy babaiii!

hashtagpemanduberhemah

Monday 22 April 2013

Kibaran Bendera Raya

Approching.. year 2000,
A Five years once affair
Poster here poster there
Poster everywhere
Yess election mood is in the air!

That was a part of my choral speaking competition during my high school yearsss before.. It was fun, even though pada asalnye kene paksa dengan cikgu untuk masuk competition ni..and  finally dalam keterpaksaan itu won 1st prize jugak. Sweet memory. Malangnya saya hanya ingat part yang tu je poem tu hikhik yang lain saya tak ingat. Poem tu best ok.. banyak ceritakan pasal cultural raya di Malaysia. Cikgu kite yang buatt.. Hopefully saya akan ingat balik n post kat sini one day. Ok.. Ok.. enough mumbling..
Hari ni nak cerita pasal bendera raya! yeayy!!

Pilihanraya semakin dekat! Parlimen Malaysia pon dah dibubarkan. Hari penamaan calon pun dah lepas. Tinggal hari pilihanraya saja yag bakal menjelang iaitu jatuh pada 05052013. yess.. now election mood is in the air!!! yeayy!!

Saya secara personally sangat suka pada hari piliharaya. Secara tepatnya menjelang hari pilihanraya. Saya suka suasana semangat semua parti berlawan merentang bendera parti masing-masing. Kempen poster besar-besaran. Suke sangat. Walaupon sekali pandang macam hari sukan kat sekolah rendah.. But seeing all this environment every once in five year, rasa sangat besttttt. Mcm musim bunga pon ade! hahahaha...

Oleh itu..Tiap kali pilihanraya, inilah yang saya tertunggu-tunggu. Sejak kecilk- kecik lagi tau. Meriah. Itu yang saya rasakan. Semua bangsa join together.Nyanyi-nyanyi lagu Mari Mengundi.  Bersemangat. Bersemarak. Belum lagi hari piliharaya. Pegi mengundi selalunya kat sekolah. Orang beratur panjang tunggu giliran, berpanas, berkipas. Tua. Muda.Tapi semuanya bersabar. Macam Raya jer rasa. Keliling tempat mengundi tu penuh dengan poster-poster dan bendera-bendera jugak. Walaupon ade yang jatuh jadi sampah sarap. Saya still boleh terima. Kejap saje. Untuk seminggu dua ni saje. Nanti habis pilihanraya diorg kemaslah.

Dulu masa di UTM pon saya suke suasana perang poster ni. Bile ade pengundian MPM. Suke tengok. Sedangkan saya tak pernah minat pon hal politik-politik ni.. Especially politik kat universiti ni...  Sebab tak pernah amek taupon. Dah tu mengundi ikut sapa paling lawa and sapa paling hensem.. hikhik. untunglaa sapa yang jadi lawa and hensem tu bolehlaa jadi MPM. hahaha.. tp bukan ke ketua pelajar kene hensem n lawa ke? barulaa boleh ramai peminat.. hahahaha..

Ok!! Stop bebel sebab saya nak post gambar! Senyum semua!!














p/s : Malang sekali saya adalah pemandu berhemah.. nak amek gambar pon tak sempat. Tengok je mampu. Ni pon snap curik-curik time traffic light merah. ;(


Sekian. Babai!